Monday, March 12, 2012

Tuesday, November 11, 2008

BOWLING PERSAHABAT & LAWATAN KE JAKARTA

TM PROcurement VS XL Bowling Club-Jakarta (Telekom PT Excelcomindo Pratama (Jakarta, Indonesia) 27 Disember 2008

Kelab Procurement TM akan mengadakan pertandingan persahabatan boling dengan XL Bowling Club-Jakarta seperti berikut;

Tarikh: 27 Disember 2008
Tempat: Jakarta. (berhampiran Hotel Ibis Manggar 2).
Bayaran Penyertaan: RM50.00 setiap pemain (5 games)

Pihak Kelab Procurement TM menjemput warga Procurement TM dan warga TM yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Penyerrtaan adalah berdasarkan “First Come First Serve Basis”.

Perbelanjaan dianggarkan RM1,460.00 seorang untuk 4 hari 3 malam. (26 hingga 29 Disember 2008). Perbelanjaan ini termasuklah tambang kapalterbang, tempat penginapan, pemandu pelancongan, pengangkutan dan sarapan pagi. Bayaran sebanyak RM100.00 dari jumlah pakej perlu dijelaskan semasa pendaftraran untuk tempahan penerbangan. Baki keseluruhan perlu dijelaskan 2 Minggu sebelum penerbangan.

Peserta boleh juga membuat tempahan sendiri dan hendaklah memaklumkan tentang penyertaan ini kepada AJK pertandingan.

Bagi yang berminat, sila daftarkan kepada Jawatankuasa pertandingan seperti di bawah selewat-lewatnya 18hb November 2008 untuk tindakan selanjutnya;

1. Raja Hasni Raja Ibrahim 03-2240 8652
2. Fatimah Bidin 03-2240 7908
3 Sabariah Binti Mohd Yusoff 03-2240 7279

Maklumat Tambahan

* Sijil Penyertaan pertandingan disediakan
* Pasport (Single Entry) berkumpulan adalah 5-20 orang (RM200 untuk 1 Kumpulan)

Thursday, November 06, 2008

TM AMAZING RACE 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

AHLI-AHLI KELAB TM SELANGOR,

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sosial & Rekreasi Kelab TM Malaysia dengan kerjasama Kelab TM Negeri Sembilan dan Tourism Malaysia Negeri Sembilan akan menganjurkan ”TM AMAZING RACE 2008”. Program ini menggabungkan aktiviti-aktiviti yang mencabar keupayaan minda serta fizikal peserta merentasi destinasi-destinasi popular di seluruh Negeri Sembilan. Mengambil konsep daripada program realiti TV popular masa kini, The Amazing Race, program ini akan mengetengahkan para peserta yang terlibat dengan keunikan budaya serta keindahan destinasi pelancongan di Negeri Sembilan. Program ini akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 28hb hingga 30hb November 2008 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Regency Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli-ahli Kelab TM Negeri dimana setiap negeri dikehendaki menghantar 2 penyertaan yang terdiri daripada 4 orang dalam 1 buah kenderaan. Para peserta akan bertanding dalam perlumbaan mencabar bermula dan berakhir di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Yuran penyertaan akan dibiayai melalui sumbangan Kelab TM Negeri masing-masing untuk program ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14hb November 2008.

Disertakan Borang Penyertaan serta Syarat-Syarat Penyertaan bagi TM Amazing Race 2008 untuk makluman dan hebahan kepada semua ahli Kelab TM Negeri masing-masing.

Pihak kami amat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan Setiausaha Kehormat Kelab Negeri dapat mengiklankan penyertaan kepada seluruh Ahli Kelab TM Negeri masing-masing dan menghantar Borang Penyertaan yang lengkap diisi sebelum atau pada 14hb November 2008 (Jumaat) kepada pihak Sekretariat TM Amazing Race Negeri Sembilan 2008 berikut:

Syaiful Nizam Katimon (06-7653434) synizam@tm.com.my
Mazlan Mokhtar (06-7651054) Mazlan@tm.com.my
Koh Cheng Hoe (06 - 7655533) at nicholas.koh@tm.com.my
Mohammad Azri A Aziz (06 – 7651042) at azriaziz@tm.com.my

Atau Fax: 06-7624364

Thursday, October 30, 2008

TRESURE HUNT MARANG-CAMERON HIGHLAND

KEREPOK LEKOR DIKENALI KERANA ADUNAN
SONGKET PULA KERANA TENUNAN
CINTAILAH ALAM MARTABATKANLAH WARISAN
ADAT BUDAYA JANGAN DITINGGALKAN

KEPADA WARGA TM
KELAB TM TERENGGANU DENGAN KERJASAMA KELAB TM MALAYSIA AKAN MENGANJURKAN TREASURE HUNT 2008 SEBAGAIMANA BERIKUT;-
TARIKH : 22 - 23 NOVEMBER 2008
DESTINASI : MARANG KE CAMERON HIGHLAND
YURAN PENYERTAAN : RM150.00 / HEAD - ORANG AWAM
: RM130.00 / HEAD - ANGGOTA TM BUKAN AHLI KELAB
: RM100.00 / HEAD - AHLI KELAB TM
: RM70.00 / HEAD - KANAK-KANAK (6 - 12 TAHUN)
- TERMASUK;
- GOODIES
- PENGINAPAN
- MAKAN MALAM (GALA NIGHT)
- SARAPAN PAGI
- INSURAN

HADIAH : JUARA - RM3000.00 + HAMPER
NAIB JUARA - RM2000.00 + HAMPER
KETIGA - RM1000.00 + HAMPER
KE 4 - KE 6 - RM400.00 + HAMPER
KE 7 - KE 10 - RM200.00 + HAMPER
LOMBONG EMAS : PELBAGAI HADIAH MENARIK BAKAL ANDA MENANGI....!!!!!
CABUTAN BERTUAH : HADIAH UTAMA - KE INDONESIA UNTUK 2 ORANG
100 HADIAH MENARIK - BARANGAN ELEKTRIK DAN HAMPER
TARIKH TUTUP : 6 NOVEMBER 2008
HANTARLAH BORANG PENYERTAAN ANDA SEGERA BERSERTA DENGAN BAYARAN.
NAK BAYAR DIMANA?
- DI TM POINT DISELURUH TERENGGANU.
- BAYARAN MELALUI AKAUN BANK ISLAM 13017010027772 ATAS NAMA KELAB TELEKOM TERENGGANU DAN FAKSKAN
PENYATA BAYARAN SEBAGAI BUKTI BAYARAN KEPADA URUSETIA 09-6220353 ATAU BERHUBUNG TERUS
PN. SALMI JALIL 09-6202121 UNTUK PENGESAHAN BAYARAN.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH HUBUNGI JAWATANKUASA PENGANJURAN SEBAGAIMANA BERIKUT;-
PENGERUSI : KAMARUL ASH'ARI ABDULLAH : 013-9288556
URUSETIA : KASWADI HARUN : 013-9276998
MAZUKI MOHAMAD : 013-9803200
PROMOSI : WAN SHAMSUL BAHARUM NURI : 013-9300775

Thursday, April 03, 2008

KENYATAAN TAWARAN PERKHIDMATAN KAFETERIA

KENYATAAN TAWARAN
PERKHIDMATAN KAFETERIA DI WISMA TM SHAH ALAM
SEKSYEN 11, 40000 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN.


Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berminat untuk menawarkan perkhidmatan seperti berikut,



No. Tawaran Perihal Perkhidmatan Tarikh Tutup Tawaran
KTMS/T/08 Perkhidmatan Kafeteria di Wisma Telekom Shah Alam Seksyen 11, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. 30 April 2008


1. Dokumen tawaran boleh didapati (SECARA PERCUMA) di alamat seperti berikut,

KELAB TM SELANGOR
D/A ; Tkt. 4 Ibusawat TM Serdang
43300 Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan.
003-89442031
U/P : EN. MOHD HAWARI BIN HJ. MUSA


2. Tarikh tutup tawaran adalah pada atau sebelum jam 12.00 tengahari 30 April 2008 dan hendaklah sampai kepada alamat di atas.

Thursday, May 31, 2007

KARNIVAL SUKAN TM 2007

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tarikh Kejohanan : 3 hingga 5 Ogos 2007 (2 Ogos Pendaftaran peserta & Mesyuarat Ketua Kontigen/Pengurus pasukan)
Lokasi : Port Dickson Negeri Sembilan.
Penginapan : Ancasa Resort & Apartment

Acara-Acara yang dipertandingkan

1. Bolasepak Pantai Lelaki (5 Sebelah) - Batu 4 Port Dickson
2. Bolajaring Pantai - Batu 4 Port Dickson
3. Bola Tampar Pantai - Batu 4 Port Dickson
4. Sepaktakraw - Dewan Rakan Sukan PD (berhadapan Ancasa)
5. Badminton Campuran - Dewan Politeknik PD
6. Bowling Campuran - Seremban Parade
7. Jogathon
Acara Khas
1. Golf - PD Golf Club
2. Bowling - Seremban Parade
3. karaoke (satu peserta setiap kontigen)

Majlis perasmian - Dataran Teluk Kemang (3 Ogos 2007 @ 3.00 petang) oleh YAB Dato' Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan
Majlis penutup - Dewan Rakan Sukan PD (5 Ogos 2007 @ 10.00 pagi) oleh Y.Bhg. Dato Presiden Kelab TM
Majlis makan Malam - Ancasa Resort (4 Ogos 2007 @ 8.00 mlm) tema Rock & Easy

Friday, May 18, 2007

PROGRAM MENCADAT SOTONG


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg Dato' / tuan / puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab TM Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Mencandat Sotong Kelab TM 2007 seperti berikut:

Tarikh : Jumaat 29hb Jun - Ahad 1hb Julai 2007

Lokasi : Pulau Kapas, Kuala Terengganu



Program ini akan dikelolakan oleh Kelab TM Selangor dan Terengganu.

Pelbagai hadiah menarik disediakan sempena Pertandingan Mencandat Sotong Kelab TM 2007 ini dan penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Kelab TM Malaysia dan Anggota Kumpulan TM. Penyertaan adalah terhad kepada 150 orang sahaja. Penyertaan adalah berdasarkan ‘First Come First Serve Basic”. Dengan ini, pihak pengurusan Kelab TM Malaysia juga ingin menjemput semua Kelab TM Negeri untuk menghantar peserta masing-masing.

Yuran penyertaan bagi setiap peserta adalah RM100 untuk ahli dan RM150 untuk bukan ahli. Sila promasikan kepada bakal peserta untuk menjadi ahli bagi menikmati diskaun ini. Bas akan disediakan di Menara TM dan TMF Sec 17 Shah Alam.

Selain daripada itu kerjasama dan tindakan tuan untuk memaklumkan kepada ahli masing-masing dan mengurusan penyertaan - berpusat di Kelab TM Negerimamatlah diperlukan.

Untuk melancarkan pengurusan aktiviti, pengesahan penyertaan yang lengkap perlu dihantar menggunakan borang penyertaan yang disertakan kepada pihak urusetia sebelum atau pada Jumaat, 1 Jun 2007, jam 5:00 petang kepada:

En. Mohd Hawari bin Musa 03-89442031 ATAU

En. Alias Ismail 03-55489896

Marilah kita sama-sama menjayakan aktiviti yang menarik ini.



Sekian salam hormat.