Friday, May 18, 2007

PROGRAM MENCADAT SOTONG


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg Dato' / tuan / puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab TM Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Mencandat Sotong Kelab TM 2007 seperti berikut:

Tarikh : Jumaat 29hb Jun - Ahad 1hb Julai 2007

Lokasi : Pulau Kapas, Kuala Terengganu



Program ini akan dikelolakan oleh Kelab TM Selangor dan Terengganu.

Pelbagai hadiah menarik disediakan sempena Pertandingan Mencandat Sotong Kelab TM 2007 ini dan penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Kelab TM Malaysia dan Anggota Kumpulan TM. Penyertaan adalah terhad kepada 150 orang sahaja. Penyertaan adalah berdasarkan ‘First Come First Serve Basic”. Dengan ini, pihak pengurusan Kelab TM Malaysia juga ingin menjemput semua Kelab TM Negeri untuk menghantar peserta masing-masing.

Yuran penyertaan bagi setiap peserta adalah RM100 untuk ahli dan RM150 untuk bukan ahli. Sila promasikan kepada bakal peserta untuk menjadi ahli bagi menikmati diskaun ini. Bas akan disediakan di Menara TM dan TMF Sec 17 Shah Alam.

Selain daripada itu kerjasama dan tindakan tuan untuk memaklumkan kepada ahli masing-masing dan mengurusan penyertaan - berpusat di Kelab TM Negerimamatlah diperlukan.

Untuk melancarkan pengurusan aktiviti, pengesahan penyertaan yang lengkap perlu dihantar menggunakan borang penyertaan yang disertakan kepada pihak urusetia sebelum atau pada Jumaat, 1 Jun 2007, jam 5:00 petang kepada:

En. Mohd Hawari bin Musa 03-89442031 ATAU

En. Alias Ismail 03-55489896

Marilah kita sama-sama menjayakan aktiviti yang menarik ini.



Sekian salam hormat.

No comments: