Friday, June 09, 2006

KEJOHANAN FUTSAL KTMS 2006 & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL SUKAN KTMS


Kejohanan Futsal Kelab TM Selangor 2006 akan dijalankan pada 17/06/2006 di Sports planet Shah Alam. Sebanyak 25 pasukan lelaki & 4 pasukan wanita akan bertarung. Undian kumpulan & jadual perlawanan telah diedarkan kepada pengurus-pengurus pasukan. Jika terdapat pengurus-pengurus pasukan yang masih belum menerima jadual perlawanan sila berhubung dengan Setiausaha Kehormat, En. Mohd Hawari Bin Musa melalui email mhawari@tm.com.my.

Disamping itu, Majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang Karnival sukan Kelab TM Selangor akan juga dilaksanakan pada 17/06/2006, jam 4.00 petang di Sports Planet. Pemenang-pemenang adalah dijemput hadir.