Sunday, July 16, 2006

INFO KARNIVAL SUKAN TM 2006

Tuan/Puan

Info berkaitan Karnival Sukan TM 2006 yang mana diputuskan di dalam Mesyuarat yang dihadiri pada 13/07/2006 di Sri Intan PD.

Tarikh Kejohanan : 15 Sept. 2006 hingga 17 Sept. 2006 (14 Sept 2006 & 18 Sept. 2006 adalah hari Perjalanan)
Acara-acara dipertandingkan

1. FUTSAL LELAKI (MANDATORI) - Sport Barn Seremban 2
2. BOLAJARING - Paroi Centre Court
3. BOWLING - Seremban Parade
4. BADMINTON - Kompleks Sukan Tan Sri Isa, Seremban 2
5. GOLF - Taman Tuanku Jaafar Golf Resort, Senawang
6. TARIK TALI - Rahang Square
7. JOGATHON (MANDATORI) untuk semua peserta yang terlibat - Rahang Square

TARIKH-TARIKH PENTING

1. 30 Julai 2006 - Tarikh Akhir Pendaftaran peserta
2. 14 Sept. 2006 - Hari Perjalanan Kontigen (Pendaftaran Kontigen jam 2.00 pm di Alson Klana)
3. 14 Sept. 2006 - Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan (Tempat & masa akan dimaklumkan kelak)
3. 15 Sept. 2006 @ 3.00 Petang - Upacara Perasmian di Paroi Centre Court oleh YAB Dato' Seri Utama Menteri Besar NS
4. 16 Sept 2006 @ 8.00 malam, Royal Adelphi - Gala Nite (TEMA HAWAII NITE)
5. 17 Sept. 2006 @ 12.00 pm - Majlis Penutup di Rahang Square oleh Y.Bhg. Dato' Presiden Kelab TM

LARIAN MENARA TM

Makluman untuk ahli-ahli Kelab TM Selangor yang berminat untuk turut serta di dalam LARIAN MENARA TM yang akan diadakan pada 5 Ogos 2006. Sila daftar diri anda kepada Setiausaha Kelab Masing-masing atau terus kepada saya.

80 penyertaan terawal yuran penyertaan akan dibayar oleh Kelab TM Selangor.

Friday, July 14, 2006

SEMINAR JATI DIRI & MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KELAB TM MALAYSIA

Seminar Jati Diri Kelab TM malaysia telah diadakan di Sri Intan Tanjung Bungah pada 6 Julai 2006- 8 Julai 2006. Kelab TM Selangor telah menghantar 5 orang wakil bagi menghadiri Seminar tersebut. mereka adalah

1. En. Mohd Hawari Musa - Setiausaha Kehormat
2. En. Azahari Abu Bakar - Naib Presiden
3. En. Muhamad Iqbal Johari - Pen. Bendahari
4. En. Rezazuddin - TM RND
5. En. Salim Darus - Setiausaha Biro Sukan

Sementara itu Mesyuarat Agung Perwakilan Kelab TM Malaysia telah diadakan pada 9 Julai di Crown Jewal P.Pinang. Senarai Perwakilan Kelab TM Selangor pada mesyuarat tersebut adalah,

1. Y.Bhg. Dato' Abdul Malek Mohamed
2. En. Mohd Hawari Musa - Perwakilan
3. En. Azahari Abu Bakar - Perwakilan
4. En. Muhamad Iqbal Johari - Perwakilan
5. En. Rezazuddin - Pemerhati
6. En. Salim Darus - Pemerhati

Pelbagai perkara telah diperbincangkan berkaitan hala tuju Kelab TM Malaysia dan juga negeri-negeri. Mesyuarat juga telah dimaklumkan akan berkaitan Karnival Sukan TM 2006 yang dijadualkan berlangsung pada 15 Sept. 2006 hingga 17 September 2006 di N9

Sunday, July 02, 2006

Kelab TM Selangor: Gambar Kejohanan Futsal & Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan

Kelab TM Selangor: Gambar Kejohanan Futsal & Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan

Gambar Kejohanan Futsal & Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan

Saksikanlah Gambar-Gambar yang sempat dirakamkan sempena Kejohanan Futsal kelab TM Selangor 2006 yang telah berlangsung pada 17 Jun yang lalu.

Saksikan juga gambar-gambar Majlis pemyampaian Hadiah Karnival Sukan Kelab TM Selangor. Bagi wakil-wakil yang telah mengambil hadiah bagi pihak peserta adalah diharapkan agar dapat memberikan kepada pemenang-pemenang yang terlibat.

Bagi pihak Kelab TM Selangor saya merakamkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya. Terima kasih juga di atas kesudian Y.Bhg. Dato' Abdul Malek Mohamed, Presiden Kelab TM Selangor kerana telah sudi me;luangkan masa untuk bersama-sama kita pada hari tersebut.