Monday, January 15, 2007

Malam Penghargaan Kelab TM Malaysia

Biro Ekonomi Kelab TM Malaysia yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Abdul Malek Mohamed akan menganjurkan Malam Penghargaan Kelab TM Malaysia pada;

Tarikh : 27 Januari 2007
Masa : 6.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Dewan Perdana Grand Blue Wave Shah Alam

Sebanyak 4 kategori Anugerah akan diberikan iaitu,

1. Anugerah Khas - Untuk ahli-ahli yang melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti dalam & luar Kelab TM dan telah mempertingkatkan imej syarikat
2. Anugerah Kepimpinan Kelab - Berdasarkan peranan & sumbangan ahli kepad Kelab TM Malaysia Amnya dan Kelab TM Negeri khasnya
3. Anugerah Kelab TM Negeri terbaik
4. Anugerah Jasamu dikenang - Bagi bekas ahli-ahli Kelab yang telah meninggalkan perkhidmatan di TM dan telah menyumbang khidmat kepada Kelab TM

Pencalonan adalah dibuka sekarang ini dan tarikh tutup adalah pada 19 Januari 2007. Kerjasama ahli-ahli adalah diperlukan untuk mengenalpasti calon-calon yang difikirkan layak. Borang pencalonan boleh didapati melalui Setiausaha Kelab-Kelab Cawangan.