Monday, January 15, 2007

Malam Penghargaan Kelab TM Malaysia

Biro Ekonomi Kelab TM Malaysia yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Abdul Malek Mohamed akan menganjurkan Malam Penghargaan Kelab TM Malaysia pada;

Tarikh : 27 Januari 2007
Masa : 6.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Dewan Perdana Grand Blue Wave Shah Alam

Sebanyak 4 kategori Anugerah akan diberikan iaitu,

1. Anugerah Khas - Untuk ahli-ahli yang melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti dalam & luar Kelab TM dan telah mempertingkatkan imej syarikat
2. Anugerah Kepimpinan Kelab - Berdasarkan peranan & sumbangan ahli kepad Kelab TM Malaysia Amnya dan Kelab TM Negeri khasnya
3. Anugerah Kelab TM Negeri terbaik
4. Anugerah Jasamu dikenang - Bagi bekas ahli-ahli Kelab yang telah meninggalkan perkhidmatan di TM dan telah menyumbang khidmat kepada Kelab TM

Pencalonan adalah dibuka sekarang ini dan tarikh tutup adalah pada 19 Januari 2007. Kerjasama ahli-ahli adalah diperlukan untuk mengenalpasti calon-calon yang difikirkan layak. Borang pencalonan boleh didapati melalui Setiausaha Kelab-Kelab Cawangan.

4 comments:

Arihana said...

MALAM PERGHARGAAN KELAB TM MALAYSIA

Biro Ekonomi Kelab TM Malaysia yang telah mengadakan Malam Penghargaan Kelab TM Malaysia
Tarikh :Sabtu 27 Januari 2007
Masa :8:00 mlm
Tempat :Dewan Perdana, Grand Blue Wave Hotel Shah Alam.

Majlis ini dihadiri lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada Exco Kelab TM Malaysia dan wakil Kelab TM Negeri.

Ianya diresmikan YBhg Dato, Abdul Aziz Abu Bakar selalu Presiden Kelab TM Malaysia.

Tujuan utama program ini diadakan adalah:

1.Wadah bagi menghargai sumbangan
ahli Kelab TM.

2.Galakan dan inisiatif kepada
semua Kelab TM untuk merancang
lebih banyak akitiviti yang
mampu untuk memartabatkan imej
Kelab dan syarikat dan
seterusnya sebagai pemangkin
kepada pertambahan ahi kelab.

3.Mengeratkan lagi interaksi
sosial dikalangkan kita selaku
Ahli Kelab TM Malaysia.


Di Majlis ini juga berberapa anugerah telah di pertandingkan

Berikut adalah keputusan bagi setiap anugerah:

Anugerah Khas
Encik Noorshah Bin Osman
Kelab TM Pulau Pinang

Anugerah Kepimpinan
Encik Ruslan Bin Ahmad
Kelab TM Pulau Pinang

Anugerah Jasamu Dikenang
Encik Johar Ariffin Bin Johar Ali
Kelab TM Perak

Anugerah Kelab Negeri Terbaik Kelab TM Sarawak

Selain daripada itu, Ahli Jawatankuasa Malam Penghargaan Kelab TM Malaysia telah bersetuju untuk memberi penghargaan khas kepada Tuan Haji Mohd Sharial Bin Omar, Bekas Bendahari Kehormat yang telah mengambil option VSS pada tahun lepas.

Majlis ini turut di hiburkan oleh Artis Jemputan, Hattan dan Man Kidal.

Anonymous said...

Penganjuran program berjaya mencapai matlamatnya. Namun begitu perjalanan program perlu diperkemaskan lagi.

MC gagal menjalankan tugas dengan baik. Persembahan Hattan & Man Kidal telah berjaya menarik peserta, sayang MC tak dapat "grab" perhatian penonton semasa penyampaian anugerah. Terlalu mengikut skrip, seharusnya suasana harus lebih santai dan bersahaja.

Hawari, apasal tak kau je jadi MC malam tu... takut kena PROTES ke...

Anonymous said...

Tahniah kepada pemenang-pemenang, harap anugerah ini akan diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang.

mengenai majlis, rasanya semua calon yang disenarai pendek perlu dijemput utk menaiki pentas, baru ada unsur suspen sikit sebelum pemenang diumumkan.

Anonymous said...

Program ini adalah untuk menghargai ahli-ahli. Jamuan secara buffet bagi saya tak begitu sesuai.

Libatkan lagi lebih banyak penyertaan. kita lihat ruang dewan terlalu besar & peserta kurang.

Perlu ada persembahan dari Kelab TM Negeri. Baru meriah.