Tuesday, November 11, 2008

BOWLING PERSAHABAT & LAWATAN KE JAKARTA

TM PROcurement VS XL Bowling Club-Jakarta (Telekom PT Excelcomindo Pratama (Jakarta, Indonesia) 27 Disember 2008

Kelab Procurement TM akan mengadakan pertandingan persahabatan boling dengan XL Bowling Club-Jakarta seperti berikut;

Tarikh: 27 Disember 2008
Tempat: Jakarta. (berhampiran Hotel Ibis Manggar 2).
Bayaran Penyertaan: RM50.00 setiap pemain (5 games)

Pihak Kelab Procurement TM menjemput warga Procurement TM dan warga TM yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Penyerrtaan adalah berdasarkan “First Come First Serve Basis”.

Perbelanjaan dianggarkan RM1,460.00 seorang untuk 4 hari 3 malam. (26 hingga 29 Disember 2008). Perbelanjaan ini termasuklah tambang kapalterbang, tempat penginapan, pemandu pelancongan, pengangkutan dan sarapan pagi. Bayaran sebanyak RM100.00 dari jumlah pakej perlu dijelaskan semasa pendaftraran untuk tempahan penerbangan. Baki keseluruhan perlu dijelaskan 2 Minggu sebelum penerbangan.

Peserta boleh juga membuat tempahan sendiri dan hendaklah memaklumkan tentang penyertaan ini kepada AJK pertandingan.

Bagi yang berminat, sila daftarkan kepada Jawatankuasa pertandingan seperti di bawah selewat-lewatnya 18hb November 2008 untuk tindakan selanjutnya;

1. Raja Hasni Raja Ibrahim 03-2240 8652
2. Fatimah Bidin 03-2240 7908
3 Sabariah Binti Mohd Yusoff 03-2240 7279

Maklumat Tambahan

* Sijil Penyertaan pertandingan disediakan
* Pasport (Single Entry) berkumpulan adalah 5-20 orang (RM200 untuk 1 Kumpulan)

No comments: