Thursday, November 06, 2008

TM AMAZING RACE 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

AHLI-AHLI KELAB TM SELANGOR,

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sosial & Rekreasi Kelab TM Malaysia dengan kerjasama Kelab TM Negeri Sembilan dan Tourism Malaysia Negeri Sembilan akan menganjurkan ”TM AMAZING RACE 2008”. Program ini menggabungkan aktiviti-aktiviti yang mencabar keupayaan minda serta fizikal peserta merentasi destinasi-destinasi popular di seluruh Negeri Sembilan. Mengambil konsep daripada program realiti TV popular masa kini, The Amazing Race, program ini akan mengetengahkan para peserta yang terlibat dengan keunikan budaya serta keindahan destinasi pelancongan di Negeri Sembilan. Program ini akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 28hb hingga 30hb November 2008 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Regency Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli-ahli Kelab TM Negeri dimana setiap negeri dikehendaki menghantar 2 penyertaan yang terdiri daripada 4 orang dalam 1 buah kenderaan. Para peserta akan bertanding dalam perlumbaan mencabar bermula dan berakhir di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Yuran penyertaan akan dibiayai melalui sumbangan Kelab TM Negeri masing-masing untuk program ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14hb November 2008.

Disertakan Borang Penyertaan serta Syarat-Syarat Penyertaan bagi TM Amazing Race 2008 untuk makluman dan hebahan kepada semua ahli Kelab TM Negeri masing-masing.

Pihak kami amat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan Setiausaha Kehormat Kelab Negeri dapat mengiklankan penyertaan kepada seluruh Ahli Kelab TM Negeri masing-masing dan menghantar Borang Penyertaan yang lengkap diisi sebelum atau pada 14hb November 2008 (Jumaat) kepada pihak Sekretariat TM Amazing Race Negeri Sembilan 2008 berikut:

Syaiful Nizam Katimon (06-7653434) synizam@tm.com.my
Mazlan Mokhtar (06-7651054) Mazlan@tm.com.my
Koh Cheng Hoe (06 - 7655533) at nicholas.koh@tm.com.my
Mohammad Azri A Aziz (06 – 7651042) at azriaziz@tm.com.my

Atau Fax: 06-7624364

No comments: